A

WAHYU AL-QURAN DAN HADIS
Marhaban!

Salaam. Welcome to our blog and follow us! Moga apa yang kami kongsikan berguna kepada kita semua.
credit

Skin by ; WANA Icons by SC




Dalam bab mukjizat al-quran ada dibincangkan berkenaan mukjizat ilmiah.Ia merujuk kepada teori-teori berkaitan dengan maklumat dan sains. Sains di sini merujuk kepada unsur-unsur yang ada di dalam alam ini. Seperti yang ditegaskan di dalam bab itu, alquran memberikan maklumat yang berkaitan dengan kehidupan alam dan maklumat itu tidak bercanggah dgn perspektif dan teori yang ada pada manusia.

Antara teori-teori sains yang ada dalam alquran adalah seperti berikut :


Planet bumi sebahagian daripada langit

Planet bumi ini pada mulanya sebahagian daripada langit. Kemudian terpisah dan menjadi tempat tinggal bagi manusia , begitu juga dengan benda-benda hidup berasal daripada air.

"Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasa-Nya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah sesuatu yang padu , kemudian kami pisahkan antara keduanya . Dan dari air kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka juga tidak beriman?" (surah al-anbiyak ayat 30)






Langit asalnya dalam bentuk asap/gas

Langit pada asalnya adalah dalam bentuk gas ataupun asap yang di panggil sebagai dukhan dalam bahasa al-quran,

"kemudian dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu adalah masih adalah asap (dukhan), lalu dia berkata kepadanya dan kepada bumi , 'datanglah kamu keduanya menurut perintahku dengan suka hati ataupun terpaksa .' keduanya menjawap , "kami datang dengan suka hati". (surah fussilat ayat 11)



The higher the altitude, the lower the oxygen 

Oksigen yang ada dalam udara semakin berkurangan apabila berada di altitud yang lebih tinggi,

"Dan barang siapa yang dikehendaki Allah kesesatannya , nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit seolah-olah ia sedang mendaki langit." (surah al-An'am ayat 125)




Janin wanita

Janin di dalam rahim wanita ditutupi oleh lapisan,

"dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan." (surah al-Zumar ayat 6)






Pendebungaan

 Pendebungaan sebahagian tumbuh-tumbuhan ,

"dan kami meniupkan angin bagi mengahwinkan (tumbuh-tumbuhan ) dan kami turunkan hujan dari langit , lalu kami beri minum kamu dengan air itu, dan sesekali bukanlah kamu yang menyimpannya." (surah al-Hijr ayat 22)




Cap jari

Setiap manusia mempunyai cap jari,

"bukan demikian , sebenarnya kami kuasa menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna ." (surah al-Qiyamah ayat 4)


Ammar Fadzil(2007),Anatomi al-Quran:mengenal ilmu,sejarah& kandungan al-Quran,Selangor:PTS Publication & Distributors Sdn.Bhd.






Blogger Nur Amirah said...

blog yg sangat menarik

 

Post a Comment



<< home ♥

1 comment(s)